Petua Suami Sayang.
Kisah seorang isteri yang selalu dimarahi suaminya kerana suka berleter.
Begini kisahnya... Oleh kerana selalu dimarahi dan tidak disukai suami kerana berleter, si isteri pergi mendapatkan seorang guru yang mursyid. Dia menceritakan kepada guru ini dia dibenci suaminya. Katanya mungkin suaminya telah beristeri seorang lagi dan diberi ubat guna-guna.
Semasa berjumpa guru ini tak dapat peluang memberikan nasihat kepadanya kerana dia terlalu banyak bercakap.
Akhirnya guru itu memberikannya air tawar untuk mengubati penyakit suaminya. Kata guru itu, air tawar ini hendaklah dikemam oleh isteri apabila suaminya pulang bekerja, dan tidak boleh ditelan sehinggalah suaminya siap mandi serta makan dan berehat dikerusi. Jika tertelan hendaklah dikemam semula dengan segera.
Maka bila suaminya pulang si isteri segera melakukan arahan guru tadi. Disambut suaminya macam biasa, diberi persalinan pakaian dan lepas itu disediakan makan dan minum. Cuma suaminya hairan kenapa isterinya tidak bercakap hari ini.
Selepas sebulan berkeadaan begini, Suaminya dilihat bertambah sayang kepadanya. Dia segera membawa hadiah dan berterima kasih kepada guru itu. Guru itu berkata, jika air itu habis datanglah segera mengambilnya. Akhirnya si isteri bahagia bersama suaminya.
#TahanGelakBaca 😆🤭 ..